Friday, May 5, 2017

Doa Untuk Kekasih


Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah,
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ke tepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah,
Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja merah
Agarku sentiasa tenang,
Walaupun tetap bersama dengannya.

Ya Allah Yang Tercinta,
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambaMu ini,

Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMU yang daif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Mahupun menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Amin...

No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,
lain entry komen lagi.